GASTRIK BOLEH MEMBUNUH


Gastrik antara penyakit lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis). Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut. Penghidap gastrik yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan diri.


PENYEBAB

Sel perut menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi untuk mencerna makanan. Asid ini amat kuat sehingga mampu menghakis kulit jika tersentuhnya. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik tersebut. Jika seseorang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik akan berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser akan berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

TANDA

Sakit perut di bahagian atas perut atau abdomen.
Senak, berangin atau pedih.
Rasa tidak selesa.
Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan.
Mual, loya dan muntah.
Hilang selera makan.
Penurunan berat badan.
Najis menjadi hitam seperti tar.
Muntah berdarah atau berwarna gelap seperti kopi.

PUNCA GASTRIK

Penggunaan ubat penahan sakit seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen.
Pengambilan alkohol, kokain dan rokok yang berlebihan.
Stres.
Gangguan auto imun.
Penyakit crohn.
Radiasi dan kemoterapi.
Pengaliran semula hempedu ke dalam perut.
Rembesan asid gastrik yang berlebihan.
Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya.

0 comments:

Post a Comment