Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

PANDUAN KESIHATAN SEBELUM KAHWIN

Bila saja tarikh perkahwinan ditetapkan, maka bermulalah segala persiapan. Tidak dilupakan soal kecantikan diri. Sebolehnya, anda ingin kelihatan lebih langsing dan cantik menjelang hari bahagia itu nanti. Salah satu caranya ialah dengan berdiet! Walaupun bukan mudah untuk dilakukan namun kebanyakan wanita rela menahan lapar dan berolahraga berjam-jam. Diet yang baik bukanlah dengan hanya ‘berpuasa’ tetapi juga perlu dilihat kepada tabiat pemakanan berdasarkan umur dan aktiviti.

Berikut beberapa panduan yang dapat membantu diet anda menjadi lebih baik dan sihat.
  1. Mula memilih hidangan yang direbus, dipanggang, di stim atau dibakar. Kurangkan hidangan bergoreng.
  2. Ingatlah, berpuasa bukanlah cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Makanlah secukupnya dan kawal kalori secara bijak.
  3. Pilihlah makanan yang dapat meningkatkan tenaga anda antaranya ialah pisang, kacang dan yogurt rendah lemak.
  4. Sentiasa membawa botol berisi air putih ke mana pun anda pergi bagi mengelakkan berlakunya masalah dehidrasi. Juga, mengelakkan anda mengambil minuman bersoda atau bergula secara berlebihan.
  5. Detoks membantu mengeluarkan racun dari dalam tubuh.
  6. Pilihlah salad yang menyihatkan kerana ada kalanya ia dikombinasikan dengan mayonis atau keju yang tinggi kandungan lemaknya.
  7. Carilah teman untuk berdiet bersama. Cara ini dapat membantu anda berdua saling bermotivasi.
  8. Elakkan makanan yang mengandungi lemak lebih dari 10 peratus. Baca label informasi nutrisi terlebih dahulu sebelum membelinya.
  9. Hindari mengunyah makanan di saat-saat anda kebosanan atau tertekan.
  10. Berusaha untuk membuang tabiat buruk yang boleh merosakkan program diet anda.
  11. Belilah sebuah juicer dan mulalah membuat jus anda sendiri. Apa kata anda cuba jus sayuran pula kerana ia kaya vitamin dan lebih sedikit fruktosa.
  12. Snek baik untuk anda bagi mencegah makan tengah hari atau makan malam secara berlebihan.
  13. Tidur yang cukup itu penting! Rasa letih yang berpanjangan akan mempengaruhi anda untuk makan lebih banyak.
  14. Sebelum makan, amalkan makan satu mangkuk kecil salad.
  15. Sebaiknya, cuba bawa bekal makanan sendiri ke tempat kerja kerana ia lebih mudah untuk anda mengawal pengambilan gula dan kalori.
  16. Gigitlah makanan secara perlahan-lahan. Cara ini akan membantu program diet anda dengan lebih baik.
  17. Jika anda teringin untuk makan coklat, pilihlah coklat yang rendah lemak.
  18. Potong buah-buahan kegemaran anda dalam potongan kecil bagi menggantikan snek yang tidak sihat.
  19. Sebaiknya-baiknya elakkan mengambil makananmakanan ringan.
  20. Jika anda gemar makan roti, pilihlah yang bergandum penuh.
  21. Catatlah makanan yang anda ambil selama dua minggu. Percayalah, anda akan terkejut melihat hasilnya!
  22. Pilihlah mentega yang rendah lemak sahaja untuk mengawal kandungan lemak.
  23. Jangan masak sayur-sayuran terlalu lama agar kandungan zatnya tidak terjejas.
  24. Sekali sekala anda mungkin boleh memilih hidangan yang pedas bagi meningkatkan metabolisme tubuh.
  25. Pilihlah sayur-sayuran hijau dan teh hijau demi kesihatan anda.

RAHSIA LEMON


Buah lemon, merupakan sejenis buah-buahan asli Asia yang menarik dengan warna kuning terang. Di seluruh dunia, ia biasa digunakan untuk tujuan kulinari seperti diperah menjadi minuman, diramu dalam masakan serta boleh diparut untuk menambah perisa kek atau kuihmuih yang enak. Kandungan jus lemon diperkaya dengan 5-6% asid sitrik, seterusnya menitipkan rasa masam di sekitar paras pH 2-3.

KHASIAT
Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan. Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.

Bagi anda yang masih baru mengenali buah ini, menikmati lemon boleh dilakukan melalui beberapa gaya masakan seperti mencuba resipi ayam bersos lemon. Untuk menggalakkan si cilik turut mencubanya, anda mungkin boleh mengolah sendiri aiskrim lemon sorbet, agar-agar lemon, kek lemon atau perah sahaja untuk dijadikan lemonade yang segar! Sambil itu, terangkan kepada yang tersayang beberapa khasiat lemon:

  • Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
  • Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
  • Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
  • Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
  • Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
  • Pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea juga boleh mengambil jus lemon sebagai langkah pencegahan.
  • Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
  • Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
  • Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
  • Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
  • Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
  • Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.

GASTRIK BOLEH MEMBUNUH


Gastrik antara penyakit lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis). Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut. Penghidap gastrik yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan diri.


PENYEBAB

Sel perut menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi untuk mencerna makanan. Asid ini amat kuat sehingga mampu menghakis kulit jika tersentuhnya. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik tersebut. Jika seseorang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik akan berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser akan berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

TANDA

Sakit perut di bahagian atas perut atau abdomen.
Senak, berangin atau pedih.
Rasa tidak selesa.
Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan.
Mual, loya dan muntah.
Hilang selera makan.
Penurunan berat badan.
Najis menjadi hitam seperti tar.
Muntah berdarah atau berwarna gelap seperti kopi.

PUNCA GASTRIK

Penggunaan ubat penahan sakit seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen.
Pengambilan alkohol, kokain dan rokok yang berlebihan.
Stres.
Gangguan auto imun.
Penyakit crohn.
Radiasi dan kemoterapi.
Pengaliran semula hempedu ke dalam perut.
Rembesan asid gastrik yang berlebihan.
Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya.

KUATKAN DAYA INGATAN ANDA

Anda ingin tahu rahsia menguatkan daya ingatan dan hafalan?
 
Kini, Kismis Emas Anugerah yang dibacakan 30 juzuk al-Quran dan doa penerang hati membantu daya ingatan dan hafalan anak anda meningkat, insya-Allah.

Makanan dan minuman penting dalam kehidupan kerana ia memberi zat serta tenaga untuk aktiviti seharian.

Pengambilan makanan seimbang penting untuk tubuh agar badan sentiasa sihat. Mengambil makanan mengikut nafsu akan membawa akibat buruk.

Mungkin ramai tidak tahu mengambil makanan dari sudut Islam, sedangkan ilmu kesihatan dan pemakanan zaman ini telah dimulakan sarjana Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi. Kajian yang bersumberkan al-Quran, sunah dan kajian ilmuwan mendapati antara makanan terbaik ialah kismis.

Kismis mengandungi gula semula jadi yang mudah ditukarkan kepada tenaga segera. Ia bertindak sebagai agen antioksida yang melindungi sel tubuh daripada serangan penyakit.

Kira-kira 60% berat kismis terdiri daripada gula, 50% (fruktosa) dan 50% glukosa. Kismis tinggi kandungan antioksidan berbanding prune dan aprikot.

Kismis Emas Anugerah adalah kombinasi kismis pilihan terbaik yang didoakan dengan 30 juzuk al-Quran serta doa penerang hati. Ia bertujuan membantu menyelesaikan masalah anak degil atau malas belajar.

Kismis Emas Anugerah ini dikeringkan di bawah sinaran cahaya matahari bagi mengekalkan rasa anggur kering sebenar. Ia adalah makanan rendah lemak yang mengandungi pelbagai vitamin dan mine ral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin BI, B3 serta B6 untuk tubuh badan.

Imam Muda, Ustaz Khairul Azhar Ghazali berkata, antara khasiat kismis bagi menajamkan minda dan baik untuk diamalkan ketika mengulang kaji pelajaran.

Beliau berkata, sebelum memulakan ulang kaji, sambil berselawat, makanlah Kismis Emas Anugerah kerana ia baik untuk membaiki saluran darah ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.

Dalam Islam, cara pemakanan kismis seperti berikut:

1. Menghadap kiblat.

2. Baca Bismillah dan diikuti selawat ke atas nabi sebanyak tiga kali.

3. Kemudian baca doa penerang hati.

4. Selepas itu, masukkan ke dalam mulut dan kemam seperti gula-gula. Jangan kunyah.

5. Makan sebiji-sebiji sehingga habis sebanyak 21 biji.

Antara surah yang baik diamalkan bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ialah Surah Luqman untuk kecerdikan anak dan doa penerang hati, Surah Al-Insyirah dan Surah Al-Anbiya ayat 79, Surah Toha ayat 25-28 yang baik untuk ulang kaji.

Ayat itu dibacakan ke dalam Kismis Emas Anugerah berserta ayat syifa' dan doa khusus yang lain seperti Surah al-Fatihah, Surah Yaasin, Surah Al Inshirah, Surah Tabaraka, doa penerang hati dan surah pilihan lain.

"Barang siapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian."

"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, mengelokkan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.

"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa," katanya.

Cendekiawan Islam, Iman Zuhdi berkata, sesiapa ingin menghafal hadis hendaklah ia kerap memakan anggur kering.

Imam Ali a.s. berkata: "Barang siapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi. Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa."

Pada riwayat lain daripada Abi Ja'far At-thusi turut disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa."

Di dalam kitab At-Tib An-Nabawi (Perubatan Nabi) menerangkan: Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis), ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut.

Secara keseluruhannya, apabila ayat al-Quran digabungkan dengan makanan yang berkhasiat, maka akan memberi kesan yang menakjubkan. Begitu juga dengan Kismis Emas Anugerah yang mengandungi 1,001 khasiat khusus bagi mereka yang ingin menguatkan daya ingatan, mengubati penyakit lupa, mencerdaskan minda, membersihkan hati, mencerahkan mata, menghilangkan gemuruh serta melancarkan hafalan.

Dengan kombinasi khasiat dan bacaan doa dalam Kismis Emas Anugerah ini, ia amat baik untuk tubuh manusia.

Selain mengambil kismis itu, usah lupa berdoa dan berusaha bagi memastikan apa yang dihajati tercapai.

Jika sesuatu itu datang daripada Rasulullah, pasti ia ada keberkatan dalam hidup kita. Kita hanya berikhtiar, hanya Allah sahaja yang menentukan.

Hubungi Emi-Q, Tingkat 15, Bangunan Cahaya Suria, Jalan Tun Tan Siew Sin, Kuala Lumpur di talian 03-2072 5555 atau 019-369 9998 atau layari laman web, www.anugerahquran.com dan facebook anugerah https://www.facebook.com/anugerahquran untuk maklumat lanjut.

Sumber : Anyza

KHASIAT ALOE VERA


Aloe vera sejenis tumbuhan berair yang mengagumkan yang menjadi sebahagian daripada keluarga besar Liliaceae. Bawang putih dan merah juga tergolong dalam keluarga serupa.

Hampir 100 peratus tumbuhan itu berasaskan air dan bahagian dalamnya dipenuhi isi berbentuk gel yang mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman.

Ia mengandungi lebih 200 komponen aktif antaranya vitamin, mineral, asid amino, enzim serta lemak asid malah sudah digunakan masyarakat dunia sebagai terapi untuk kesihatan sejak lebih 5,000 tahun lalu.

Aloe vera kaya dengan vitamin A, C dan E serta asid folik, choline, B1, B2, B3, B6 dan B12 di samping mineral seperti kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi.

Tumbuhan berkenaan juga dipenuhi khasiat asid amino dan asid lemak yang penting untuk pertumbuhan tubuh yang sihat di samping mempunyai kemampuan mengurangkan jumlah lemak dalam darah.

Semua bahan yang terkandung dalamnya bertindak membantu mengurangkan simptom alahan dan masalah penghadaman tidak lancar. Malah aloe vera dikatakan mempunyai khasiat yang mampu meningkatkan ketahanan badan bagi melawan penyakit.

Sifatnya yang berair dikatakan mampu menyegar dan membersihkan saluran penghadaman seterusnya memperbaiki masalah penyingkiran toksin dari badan, yang sememangnya boleh menyebabkan seseorang tertekan.

Ia turut membantu masalah ciritbirit dan merawat masalah pencernaan dan pedih ulu hati, selain mengurangkan bakteria dan menyeimbangkan flora dalam perut. Malah ia juga membantu menurunkan berat badan secara tidak langsung apabila sistem penghadaman menjadi lebih sihat.

Selain itu, aloe vera mampu mencantikkan dan menyihatkan kulit serta merawat masalah seperti jerawat, luka kecil, psoria sis, gigitan serangga, melecur dan memudarkan parut yang masih baru.

Ini kerana ia bertindak seperti penawar yang bukan saja dapat melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, malah mempercepatkan proses penyembuhan.

Oleh kerana sifatnya yang berair, aloe vera yang juga dikenali sebagai lidah buaya boleh digunakan sebagai pelembap untuk menyegarkan kulit, juga membantu keadaan kulit yang kering dan rosak.

Kandungan aloe vera yang popular dalam dunia kecantikan ialah asid salisilik dan sulfur. Mereka yang kerap terdedah pada sinaran matahari boleh menggu nakan aloe vera untuk melegakan keadaan kulit yang terbakar akibat panahan matahari.

Pada masa sama, kandungan zatnya yang mencukupi juga mampu melembutkan dan mencantikkan rambut apabila disapu.

Bagi mendapat kesan terbaik daripada aloe vera, sesetengah pakar menyarankan penggunaannya antara dua hingga tiga kali dalam seminggu, dengan menyapu gel aloe vera sambil mengurut tempat yang ingin dirawat atau diberi kelembapan.

Sapuan aloe vera ke kulit sebelum mengenakan mekap juga boleh membuatkan kulit lembut dan segar, terutama kepada mereka yang mementingkan bahan semula jadi dan tidak menggunakan pelembap di pasaran.

Lelaki juga boleh mendapat manfaat aloe vera dengan menyapu pada kulit untuk menyegarkan dan memperbaiki bahagian kulit yang terluka selepas bercukur.

Daun aloe vera mudah ditanam sama ada menggunakan biji benih atau memotong aloe vera sedia ada.

Biji boleh ditanam di dalam tanah yang diletakkan dalam pasu atau tanamkan separuh daripada bahagian daun aloe vera yang dipotong daripada pokok aloe vera lain.



Potongan daun aloe vera akan mengambil masa agak lama untuk tumbuh, kadangkala hingga berbulan lamanya namun biji benih pula mengambil masa agak pantas iaitu kirakira dua minggu.

Ia perlu disiram air setiap hari namun tidak boleh terlalu banyak air, dan gunakan baja jika perlu. Apabila daun aloe vera kelihatan kekuningan, ia perlu dipindahkan ke tempat yang lebih teduh.

Ketika mula ditanam, aloe vera perlu berada di tempat yang teduh tetapi selepas tiga minggu ia perlu didedahkan kepada cahaya matahari. Siram setiap empat hari kerana jika disiram terlalu kerap, daunnya menjadi lembik dan akarnya mudah rosak.

Apabila aloe vera sudah membesar, daunnya boleh dipotong untuk mengambil lendir bagi pelbagai kegunaan dan ia akan tumbuh semula selepas beberapa minggu.

Bagi mengeluarkan gel aloe vera, daunnya perlu dipotong dan dibersihkan terlebih dulu sebelum dibelah dua secara memanjang. Gunakan sudu untuk mencungkil gel yang ada dan masukkan dalam bekas lain supaya mudah digunakan.
Sumber : Anyzin