PANDUAN KESIHATAN SEBELUM KAHWIN

Bila saja tarikh perkahwinan ditetapkan, maka bermulalah segala persiapan. Tidak dilupakan soal kecantikan diri. Sebolehnya, anda ingin kelihatan lebih langsing dan cantik menjelang hari bahagia itu nanti. Salah satu caranya ialah dengan berdiet! Walaupun bukan mudah untuk dilakukan namun kebanyakan wanita rela menahan lapar dan berolahraga berjam-jam. Diet yang baik bukanlah dengan hanya ‘berpuasa’ tetapi juga perlu dilihat kepada tabiat pemakanan berdasarkan umur dan aktiviti.

Berikut beberapa panduan yang dapat membantu diet anda menjadi lebih baik dan sihat.

  1. Mula memilih hidangan yang direbus, dipanggang, di stim atau dibakar. Kurangkan hidangan bergoreng.
  2. Ingatlah, berpuasa bukanlah cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Makanlah secukupnya dan kawal kalori secara bijak.
  3. Pilihlah makanan yang dapat meningkatkan tenaga anda antaranya ialah pisang, kacang dan yogurt rendah lemak.
  4. Sentiasa membawa botol berisi air putih ke mana pun anda pergi bagi mengelakkan berlakunya masalah dehidrasi. Juga, mengelakkan anda mengambil minuman bersoda atau bergula secara berlebihan.
  5. Detoks membantu mengeluarkan racun dari dalam tubuh.
  6. Pilihlah salad yang menyihatkan kerana ada kalanya ia dikombinasikan dengan mayonis atau keju yang tinggi kandungan lemaknya.
  7. Carilah teman untuk berdiet bersama. Cara ini dapat membantu anda berdua saling bermotivasi.
  8. Elakkan makanan yang mengandungi lemak lebih dari 10 peratus. Baca label informasi nutrisi terlebih dahulu sebelum membelinya.
  9. Hindari mengunyah makanan di saat-saat anda kebosanan atau tertekan.
  10. Berusaha untuk membuang tabiat buruk yang boleh merosakkan program diet anda.
  11. Belilah sebuah juicer dan mulalah membuat jus anda sendiri. Apa kata anda cuba jus sayuran pula kerana ia kaya vitamin dan lebih sedikit fruktosa.
  12. Snek baik untuk anda bagi mencegah makan tengah hari atau makan malam secara berlebihan.
  13. Tidur yang cukup itu penting! Rasa letih yang berpanjangan akan mempengaruhi anda untuk makan lebih banyak.
  14. Sebelum makan, amalkan makan satu mangkuk kecil salad.
  15. Sebaiknya, cuba bawa bekal makanan sendiri ke tempat kerja kerana ia lebih mudah untuk anda mengawal pengambilan gula dan kalori.
  16. Gigitlah makanan secara perlahan-lahan. Cara ini akan membantu program diet anda dengan lebih baik.
  17. Jika anda teringin untuk makan coklat, pilihlah coklat yang rendah lemak.
  18. Potong buah-buahan kegemaran anda dalam potongan kecil bagi menggantikan snek yang tidak sihat.
  19. Sebaiknya-baiknya elakkan mengambil makananmakanan ringan.
  20. Jika anda gemar makan roti, pilihlah yang bergandum penuh.
  21. Catatlah makanan yang anda ambil selama dua minggu. Percayalah, anda akan terkejut melihat hasilnya!
  22. Pilihlah mentega yang rendah lemak sahaja untuk mengawal kandungan lemak.
  23. Jangan masak sayur-sayuran terlalu lama agar kandungan zatnya tidak terjejas.
  24. Sekali sekala anda mungkin boleh memilih hidangan yang pedas bagi meningkatkan metabolisme tubuh.
  25. Pilihlah sayur-sayuran hijau dan teh hijau demi kesihatan anda.

0 comments:

Post a Comment